Sri Lanka
Sri Lanka

Sri Lanka

Sri Lanka, secara rasmi Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka (dikenali sebagai Ceylon sebelum tahun 1972) ialah sebuah negara pulau di Asia Selatan yang terletak kira-kira 31 km dari pantai selatan India. Masyhur dengan gelaran `Mutiara Lautan Hindi`, ia merupakan tanahair bagi 20 juta orang penduduk.Disebabkan lokasinya di tengah-tengah laluan jalan-jalan laut utama, Sri Lanka adalah penghubung laut yang strategik antara Asia Barat dan Asia Tenggara, dan merupakan sebuah pusat agama dan kebudayaaan Buddha sejak zaman silam. Hari ini, negara tersebut adalah negara yang berbilang agama dan bangsa, dengan 1/3 daripada populasinya menganut agama selain ajaran Buddha, terutamanya agama Hindu, Kristian dan Islam. Masyarakat Sinhala membentuk populasi terbesar, dengan orang Tamil yang tertumpu di utara dan timur pulau tersebut membentuk minoriti etnik terbesar. Masyarkat-masyarakat lain termasuklah orang Moor yang beragama Islam, Melayu dan Burgher.Terkenal dengan pengeluaran dan eksport teh, kopi, getah dan kelapa, Sri Lanka berbangga dengan ekonomi berasaskan industri yang pesat dan moden dan pendapatan per kapita yang tertinggi di Asia Selatan. Keindahan semula jadi hutan-hutan tropika, pantai dan lanskap Sri Lanka, dan juga warisan kebudayaannya yang kaya, menjadikannya sebagai sebuah destinasi pelancongan dunia yang terkenal. Setelah diperintah oleh beberapa pemerintahan beraja tempatan lebih daripada 2000 tahun, beberapa bahagian Sri Lanka diduduki oleh Portugal dan Belanda pada permulaan kurun ke-16, sebelum penguasaan keseluruhan negara tersebut beralih ke tangan Empayar British pada tahun 1815. Semasa Perang Dunia Ke-2, Sri Lanka bertindak sebagai pengkalan utama bagi Tentera Berikat untuk menentang Empayar Jepun. Sebuah gerakan nasionalis bersifat politik muncul di negara tersebut pada awal kurun ke-20 dengan matlamat memperolehi kemerdekaan politik yang akhirnya diberikan oleh Empayar British selepas rundingan damai pada tahun 1948.

Sri Lanka

Zon masa UTC+5:30 (Waktu Piawai Sri Lanka)
Pemerintahan Republik Demokratik Sosialis
Bahasa komunikasiantara etnik Bahasa Inggeris
HDI (2007) ▼0.743
Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-99
• Anggaran 2009 20,242,000 (ke-52)
Kumpulan etnik (2001) ≈73.8% Sinhala,
≈13.9% Tamil Sri Lanka,
≈7.2% Bangsa Moor,
≈4.6% Tamil India,
≈0.5% Lain-lain.
• Kepadatan 319/km2 (826.2/sq mi) (ke-35)
Bahasa rasmi Bahasa Sinhala, Bahasa Tamil
KDNK (PPP) Anggaran 2008 
Gini (1999–00) 33.2
rendah
Mata wang Rupee Sri Lanka (LKR)
• Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe
• Kemerdekaan dari United Kingdom 4 Februari 1948
• Republik 22 Mei 1972
Ibu kota Sri Jayawardenapura-Kotte
Bandar terbesar Colombo
• Per kapita $1,972
Bahagian memandu kiri
Kod panggilan 94
• Total $92.018 billion
• Bancian Julai 2008 21,128,773
KDNK (nominal) Anggaran 2008 
• Air (%) 4.4
• Jumlah $39.604 billion
Internet TLD .lk
• Presiden Maithripala Sirisena